Posts

Showing posts from September, 2019

AKTIVITI KEMAHIRAN MEMBACA

Image
Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di dalam kelas seperti; Memadankan gambar dengan pernyataan dengan menyusun dan menomborkan pernyataan berikut mengikut urutan kitaran hidup nyamuk.        2.    Membaca petikan secara bacaan mentalis kemudian diikuti dengan bacaan mekanis.        3.  Murid-murid melakonkan watak guru. -       Murid membuat simulasi suasana guru dan murid yang sedang melalui sesi pembelajaran. -        Setiap kumpulan diberi petikan perenggan dan diminta membaca dan berbincang tentang  petikan tersebut. -       Wakil kumpulan diminta untuk menjadi guru dan mengemukakan isi yang terkandung dalam petikan tersebut hasil dari pembacaan bersama kumpulan. by : Nur Atiyah Husna binti Husney

CARA-CARA MENGATASI MASALAH MEMBACA

Image
Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi masalah membaca dalam diri kanak-kanak, antaranya ialah: Kesimpulannya, semua pihak memainkan peranan penting dalam membantu murid-murid untuk memperbaiki kemahiran mereka dalam membaca.  Video di bawah menunjukkan keprihatinan seorang guru dalam membantu murid-murid memperbaiki kemahiran mereka dalam membaca dan merupakan salah satu cara yang menarik bagi murid-murid. by : Nurul Hanis binti Adam BIBLIOGRAFI:  Alia Maisarah. (t.t). Definisi Kemahiran Membaca . Dicapai daripada:      https://www.slideshare.net/aliarissa/definisi-kemahiran-membaca Masalah Dalam Membaca . (2013, Mei 12). Dicapai daripada:     http://doktormembaca.blogspot.com/2013/05/masalah-dalam-membaca.html

MASALAH DALAM MEMBACA

Image
Faktor fizikal  Faktor fizikal yang mempengaruhi masalah bacaan adalah seperti masalah penglihatan, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah neurologikal seperti kerosakan otak dan juga yang bermasalah kesihatan masalah jantung, kurang zat makanan yang serius dan sebagainya. Faktor emosi, persekitaran dan pendidikan Masalah penyesuaian mungkin berpunca daripada faktor-faktor fizikal atau perawakan dan persekitaran yang boleh menyebabkan kegagalan membaca. Kegalan membaca menjadikan kanak-kanak kecewa dan menjejaskan emosi mereka. Faktor persekitaran bagi kanak-kanak yang kurang beruntung seperti tidak mendapat kasih sayang keluarga, kurang zat makanan, tiada galakkan keluarga, dan sebagainya akan menjejaskan pencapaian mereka dalam pelajaran termasuk keupayaan membaca. Faktor pendidikan adalah seperti tidak menyediakan peluang pengajaran secara individu, tidak memberi perhatian terhadap kesediaan membaca kanak-kanak, mengabaikan kemahiran membaca dalam kebanyak...

TEKNIK MEMBACA

Image
    Menurut Fadzilah (1999) dalam Wan Dyarudin Wan Mustappa (2017), kefahaman membaca adalah satu proses membaca dan memahami, membuat tindak balas serta dapat menggunakan idea kritis. Ia melibatkan pemikiran tentang perkara yang  tersurat dan tersirat, menghubung idea-idea, menyoal dan bertindak balas dan  menilai idea, juga mengaplikasikan maklumat ke dalam situasi baru.     Saniah (2000) menyatakan bahawa kemahiran membaca biasanya terbahagi kepada dua bahagian yang utama iaitu membaca secara pantas dan membaca secara kritis. Contoh membaca secara pantas adalah seperti teknik sepintas lalu (scanning) dan bacaan sekilas (skimming).           Teknik SQ3R    Untuk bacaan secara kritis pula adalah seperti teknik SQ3R. Strategi membaca menggunakan teknik SQ3R merupakan alternatif untuk diguna oleh guru dan pelajar sebagai satu kaedah bacaan dan kaedah kemahiran belajar. 2. Teknik KWL...

PROSES MEMBACA

Image
Terdapat tiga peringkat utama dalam proses membaca iaitu sebelum membaca, semasa membaca dan selepas membaca. Berikut merupakan kandungan tentang tiga peringkat tersebut:  Seseorang itu akan berfikir, mencuba untuk mendalami serta membayangkan maklumat yang dibaca daripada bahan bacaan itu. Membaca dapat menjalinkan interaksi antara pembaca dengan penulis. Secara ringkasnya, pembaca juga akan melibatkan proses seperti berikut: by : Nurul Hanis binti Adam BIBLIOGRAFI: Kemahiran Membaca . (2015, Mei 19). Dicapai daripada:          http://tthevaletchumy.blogspot.com/2015/05/kemahiran-membaca.html Nur Hanisah Redhuan. (t.t).  Bab 4: Teknik Membaca . Dicapai daripada:             https://sites.google.com/site/hanisahredh/bab-4-teknik-membaca

PENGENALAN KEMAHIRAN MEMBACA

Image
        Kemahiran membaca merupakan proses yang dinamik tetapi kompleks. Kemahiran ini meliputi keupayaan membaca dengan pantas, memahami fakta, kebolehan mengingati fakta serta membuat interpretasi secara bijak dan analitis. Menguasai kebolehan membaca bukanlah satu kerja yang mudah kerana ia hanya dapat dijayakan dengan adanya proses pengajaran dan pembelajaran secara formal. Membaca merupakan percantuman beberapa proses yang kompleks, iaitu proses mengamati, mengingat, mendengar, dan membezakan bunyi-bunyi dengan tepat dan jelas, menyebut lambang-lambang huruf yang mewakili bunyi-bunyi tertentu, menggabungkan bunyi-bunyi untuk membentuk perkataan dan memindahkan lambang-lambang yang dibacanya itu kepada system kognitif untuk diterjemahkan dan difahamkan (Smith, 1978).        Deboer dan Dallman berpendapat membaca melibatkan dua faktor, iaitu pemahaman dan interpretasi idea yang dilambangkan melalui penulisan. Gibson pula menegaskan membaca b...