PENGENALAN KEMAHIRAN MEMBACA
Kemahiran membaca merupakan proses yang dinamik tetapi kompleks. Kemahiran ini meliputi keupayaan membaca dengan pantas, memahami fakta, kebolehan mengingati fakta serta membuat interpretasi secara bijak dan analitis. Menguasai kebolehan membaca bukanlah satu kerja yang mudah kerana ia hanya dapat dijayakan dengan adanya proses pengajaran dan pembelajaran secara formal. Membaca merupakan percantuman beberapa proses yang kompleks, iaitu proses mengamati, mengingat, mendengar, dan membezakan bunyi-bunyi dengan tepat dan jelas, menyebut lambang-lambang huruf yang mewakili bunyi-bunyi tertentu, menggabungkan bunyi-bunyi untuk membentuk perkataan dan memindahkan lambang-lambang yang dibacanya itu kepada system kognitif untuk diterjemahkan dan difahamkan (Smith, 1978).
Deboer dan Dallman berpendapat membaca melibatkan dua faktor, iaitu pemahaman dan interpretasi idea yang dilambangkan melalui penulisan. Gibson pula menegaskan membaca bermakna bertindak balas terhadap simbol-simbol grafik, mentafsir simbol-simbol grafik kepada pertuturan dan mendapatkan makna daripada bahan-bahan bercetak.
by: Nurdini Nadhirah binti Muhammad Shafri
Sumber Rujukan :
- Isahak Haron (2002), Sumber guru (Mengajar Membaca dan Menulis Bahasa Malaysia Prasekolah), Siri Genius Fajar Bakti, Shah Alam.
- Kamus Dewan Edisi Keempat. 2010. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Comments
Post a Comment