TEKNIK MEMBACA



  •     Menurut Fadzilah (1999) dalam Wan Dyarudin Wan Mustappa (2017), kefahaman membaca adalah satu proses membaca dan memahami, membuat tindak balas serta dapat menggunakan idea kritis. Ia melibatkan pemikiran tentang perkara yang  tersurat dan tersirat, menghubung idea-idea, menyoal dan bertindak balas dan  menilai idea, juga mengaplikasikan maklumat ke dalam situasi baru.

  •     Saniah (2000) menyatakan bahawa kemahiran membaca biasanya terbahagi kepada dua bahagian yang utama iaitu membaca secara pantas dan membaca secara kritis. Contoh membaca secara pantas adalah seperti teknik sepintas lalu (scanning) dan bacaan sekilas (skimming).   

  1.       Teknik SQ3R

  •    Untuk bacaan secara kritis pula adalah seperti teknik SQ3R. Strategi membaca menggunakan teknik SQ3R merupakan alternatif untuk diguna oleh guru dan pelajar sebagai satu kaedah bacaan dan kaedah kemahiran belajar.



2. Teknik KWLH



  • Teknik KWLH ini diperkenalkan oleh Donna Ogle (1986) dalam Yahya Othman(2004) dalam usaha mengaktifkan pengetahuan masa lalu pelajar. 

  • Secara umumnya, teknik KWLH adalah sesuai bagi mengaktifkan pengetahuan lalu pelajar. Teknik membaca ini berfungsi untuk menjana pemikiran yang aktif ketika membaca. Teknik pembacaan KWLH adalah satu teknik membaca yang kritis supaya pelajar dapat meninjau apa yang sudah diketahui, apa yang akan diketahui, apa yang sudah dipelajari selepas membaca dan bagaimana perkara-perkara tambahan yang ingin diketahui dapat dipelajari.


Untuk makluman lanjut, sila layari 
https://www.slideshare.net/suhasah/2teknik-bacaan

by : Nur Atiyah Husna binti Husney

Bibliografi

Awatif Abdul Rahman, Hairun Najuwah Jamali & Ku Fatahiyah Ku Azizan.      (2014). Teknik Membaca Know Want Learn How ( KWLH) Dalam Kalangan Pelajar. GSE e-journal of Global Summit on Education, 1(2), 9-19.


Wan Dyarudin Wan Mustappa. (2017). Keberkesanan Teknik Membaca SQ3R      dalam Pengajaran Kefahaman Membaca di Sekolah Menengah. Jurnal    Pendidikan Bahasa Melayu, 7(1), 1-10.

Comments

Popular posts from this blog

PENGENALAN KEMAHIRAN MEMBACA

AKTIVITI KEMAHIRAN MEMBACA

PROSES MEMBACA