MASALAH DALAM MEMBACA
Faktor fizikal
Faktor fizikal yang mempengaruhi masalah bacaan adalah seperti masalah penglihatan, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah neurologikal seperti kerosakan otak dan juga yang bermasalah kesihatan masalah jantung, kurang zat makanan yang serius dan sebagainya.
Faktor emosi, persekitaran dan pendidikan
Masalah penyesuaian mungkin berpunca daripada faktor-faktor fizikal atau perawakan dan persekitaran yang boleh menyebabkan kegagalan membaca. Kegalan membaca menjadikan kanak-kanak kecewa dan menjejaskan emosi mereka.
Faktor persekitaran bagi kanak-kanak yang kurang beruntung seperti tidak mendapat kasih sayang keluarga, kurang zat makanan, tiada galakkan keluarga, dan sebagainya akan menjejaskan pencapaian mereka dalam pelajaran termasuk keupayaan membaca.
Faktor pendidikan adalah seperti tidak menyediakan peluang pengajaran secara individu, tidak memberi perhatian terhadap kesediaan membaca kanak-kanak, mengabaikan kemahiran membaca dalam kebanyakkan aktiviti sekolah dan penggunaan teknik pengajaran yang kurang berkesan.
Faktor Kognitif dan Bahasa
Faktor kognitif dan Bahasa kanak-kanak yang tahap kecerdasannya rendah dan yang terencat akal akan menghadapi masalah dalam bacaan yang serius. Selari dengan masalah ini ialah tahap kognitif yang sehingga menyebabkan proses membaca menjadi sangat sukar.
Faktor bahasa melibatkan bahasa penerimaan yang melibatkan keupayaan semantik dan sintaksis. Fator emosi, persekitaran dan pendidikan masalah membaca kebiasaanya wujud seiring dengan faktor-faktor emosi yang memberi kesan yang besar terhadap individu dan sisial kanak-kanak.
Berikut merupakan video tentang contoh masalah dalam membaca :
Untuk maklumat anda boleh layari link dibawah :
- https://www.academia.edu/6647180/Jurnal_PERMASALAHAN_KEMAHIRAN_MEMBACA_DAN_MENULIS_BAHASA_MELAYU_MURID-MURID_SEKOLAH_RENDAH_DI_LUAR_BANDAR_The_Problems_Pertaining_To_Reading_And_Writing_Skills_In_Malay_Language_Among_Rural_Primary_School_Children
- http://journalarticle.ukm.my/2528/1/1-12_Jurnal_Pendidikan_Bahasa_Melayu.pdf
by : Nurdini Nadhirah binti Muhammad shafri
Sumber Rujukan :
- Abdul Rasid Jamian. (2016). Permasalahan Kemahirah Membaca Dan Menulis Bahasa Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar
- Abdul Rasid Jamian. (2016). Permasalahan Kemahirah Membaca Dan Menulis Bahasa Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar
Comments
Post a Comment